Friday 29 May 2020

2020.

Hi,

Sedar tak sedar dah tahun 2020, aku sebenarnya ada je tulis untuk tahun 2019 but tak terpost and its stay in draft. Harini dah 30 Mei, hampir menginjak ke separuh tahun 2020. Dah lama tak duduk sini, sometimes aku rindu juga nak menaip tapi penyakit M A L A S taknak pergi dalam hidup aku. semoga lepasni aku lebih rajin menari di atas keyboard.

Quick update, now aku dah intern. Ohmaigoddd, cepat gila masa berlalu. Last time aku mengadu kat sini yang aku finally masuk degree after tak pergi final exam during diploma. Hahaha. Now look at me, here am i, survived in Bachelor degree of Computer science. Wow, im impressed with myself. Aku oleh je buat weh walaupun result aku takdela flying colours but aku bersyukur yang aku dapat habiskan degree. Hanya tinggal selangkah lagi untuk habiskan this intern.

Aku tak rasa aku kena tulis benda yang terjadi time FYP kat sini but aku cuma nak simpan all those mmories here, we never know what will happens next right? Aku struggle gila time FYP 2019, sebab aku kehilangan dua insan yang penting dalam hidup aku dalam masa yang agak dekat. i was like, aku lost. aku tak boleh bernafas. Aku rasa sedikit dunia aku hancur. Pergi yang takkan kembali. Aku mengaku yang aku cuba buat sebuah projek yang sedikit susah, aku cuma nak cabar diri aku tapi aku tak mampu, penat ye jadi bodoh. 

No ones know the struggle except yourself. I cried, i laughed, i depressed during doing my freakin FYP but yah thats the process, nak tak nak aku kena teruskan juga. So during semester 6, aku sangat berkobar-kobar untuk teruskan my projek. Terlalu happy sampai aku terima satu whatsapp berbunyi "tokwan dah takde". aku ingat lagi waktu tu, aku baru sampai kelas and aku sangat bersemangat nak belajar. Time tu dunia aku cam aku tak tahu nak describe macam mana.

Aku terus keluar kelas and terus balik  tapi aku kena pergi pickup adik aku kat UiTM dia...dan kitaorang terlambat...aku tak sempat tengok arwah nenek aku buat kali yang terakhir. aku sangat sangat terkilan tapi nak buat macam mana, Kuala Lumpur dengan Terengganu bukannya dekat. aku hanya mampu menatap kubur yang merah sewaktu hari raya aidiladha. Last aku jumpa arwah nenek aku adalah time hari raya aidilfitri 2019. Kemudian aku teruskan hidup seperti biasa biarpun masih terkesan dengan semua yang terjadi dalam hidup aku. 

Tak lama selepas itu, nenek belah ayah aku jatuh sakit. Aku terus balik and tengok nenek aku, waktu aku jumpa tu, nenek aku still senyum dan ketawa. tapi dia cakap "wan dah nak mati ni" tapi aku tak percaya. Nenek aku masih lagi tersenyum melihat aku. Hari rabu, hari tu aku balik and jenguk nenek aku. aku ingatkan nenek aku akan sembuh dan keluar hosp. Aku balik KL and nak teruskan hidup aku as student and Hari jumaat, aku dapat tahu nenek aku masuk ICU...

Aku terus balik Kuantan. and since then, aku ulang alik KL-Kuantan few times berminggu-minggu sampai aku sedikit mental breakdown. Aku kena siapkan FYP and at the same time aku kena siapkan diri aku dengan segala kemungkinan. Aku ingat lagi, time tu midsem break, all my mak sedara and ayah sedara dah giveup, and kitaorang kesian tengok my nenek asyik keluar masuk ICU. Doctor suggest that bawa nenek balik rumah. And midsem pun dah habis, my abang adik & kakak semua dah balik ke tempat diorang. Aku je taknak balik, aku tak tahu kenapa tapi aku masih nak stay. and that day comes, aku ingat lagi, aku tidurkan zara that night.

Aku bangun pagi and mak aku cakap yang nenek aku dah takde, aku tak tahu nak rasa apa. Aku jenis yang terlalu sedih sampai aku dah tak boleh nangis. Aku jarang menangis kalau orang meninggal but sometimes aku boleh menangis macam sekarang, aku boleh menitiskan air mata bila aku teringat all those kenangan. Thanks god aku boleh tengok arwah nenek aku buat kali terakhir dan boleh cium dia. Alhamdulillah. 

Al-fatihah to both of my grandmothers Sadiah binti Jusoh (10/09/2019) dan Esah binti Salim (12/11/2019).
 After semua yang terjadi, aku still kena teruskan hidup aku kan? aku bebetul dah hilang semangat. Aku tak rasa nak buat my FYP aku lost gila. No ones there to ask me be strong except myself. Since then, aku tak rasa aku perlukan sesiapa kecuali diri aku. Aku tak reti seeks for help so yeah, partly it is my own fault. I do cry alot during this time, aku duduk jauh dari kawan kawan aku and projek yang aku buat, hanya aku sorang. Sampailah waktu last presentation for progress, i told my fyp lect that i can't do this anymore. And my lecturer, examiner & SV cheers me up. and here i am, aku dah habiskan FYP aku dalam waktu yang aku rasa sangat sangat kelam. Thankyou to those yang ada disisi aku.

Wow aku rasa aku dah banyak gila menaip, penat pula rasa. So next aku akan cerita how i cope with this pandemic! aku takut yang aku tak boleh survived but i'll try since aku masih lagi seorang student intern ehe. 

Bye. Thankyou sebab sudi baca.