Thursday 24 July 2014

Keluarga kedua ^^,Y


Assalamualaikum, selamat sejahtera & salam satu malaysia. eeeee formalnya gedik k gedik. Hahaha. ok. Motif letak gambar EncikMimpi yang tercomel terhandome & tertampan kenapa? ofclah nak story pasal beliau. hoho. Mohon korang faham tahap ke-obes-an aku terhadapnya. ewww macam fanatik gegila gila kalah orang gila. Hmmm maaf EM kalau saya ni cam menakutkan sangat. Hahaha ok gurau. adatlah kan minat artis right? macam engkorang minat kat artis korea/artis barat. Jap, sampai saat ni harini bahkan ketika ini aku masih tak faham kenapa masih lagi wujud manusia yang tak habis habis menjaja cerita palsu pasal EM. woi, biaq lantak pi dia lah nak pakai topeng ka, pakai tudung salji ka, pakai kain pelekat ke, yang hampa semua dok sibuk suruih dia cabut topeng dia awat? dei dei, dia ada sebab & alasan sendiri kenapa dia nak kekalkan imej macam tu. lagipun weolls DreEMers menyokong imej ini kerna bagi kami, beliau mempunyai imej yang tersendiri. Sexy gittew. *flip tudung* Mohon kalau tak suka, jangan pernah kacau dia. ok baiklah maaf tetiba emo. peminat 'kipas susah mati' katokan. ok. jom kita berbalik semula ke tajuk kita yang berkisarkan keluarga. 

Nak tahu keluarga apa? Haaaaa ni dinamakan dreEMers Family. sweeet tak kitaorang? well. siapa captain siapa anak kapal? *angkat kening ala ala Ziana Zain* mwehehehe. Btw, selain group GERTUMDA(em yang handle bersama pembantu kapal beliau) yang kecoh setiap hari ala ala kapal dilanda ombak. DC(DreEMers Club) sekarang juga ada wechat bakhang. hok ni kecoh gegila macam kapal EM dilanda ombak ganas serta guruh kilat hujan lebat semua ahh. Ye ah, sehari dua tak buka wechat boleh cecah ribu riban tahu? eleh engkorang tak tahu lettew sebab engkorang tak de semua ni. huh *flip pashmina* Baiklah. tujuan sebenarnya nak buat post ni sebab nak balas post KekNis . TEKAN situ untuk lihat. huihui. Jom start lets go *tekan enjin*

Akceli minat EM dah lama sejak lagu TongHua & putus di twitter. Pastu minat mulai macam decrease sebab busy pastu time tu tak suka layan facebook. So info tentang sebarang EM tak sampai. Tibalah satu hari tu, EM datang buat show kat Kuantan. sejak haritu, Tetiba minat terhadap beliau naik tinggi kalah eiffel tower. serious talk! ok jom start. 

Mula tak kenal sesiapa tau, pastu adalah seorang kakak ni. Baya abang aku lah kira. Mushroomfangirl nama instagramnya, dia follow titeww tau. Rasa macammm aaaaaaaa exsaited gilo. *over* hahaha. Pastu dia komen gambar bla bla. suka dengan dia. Biarpun comel cantik tetap tak sombong tau! Daripada situ mula dah berkembang i-think map eh EM-family map. aku start follow DC dulu lah. Pastu ada satu Admin ni, perghhh pergghhh peramah gilo. fyi, dia sama umur dengan aku lagilah bertambah kegilaan kami. Haha. nama? nama diberi teeeeeeet tapi kitaorang semua panggil dia AC yang bermakna Comel. Dialah ratu ke-comel-an dalam family kami. Dia comel aku cute. Stay cute & moga kuatkan hati bila dan start berubah k sayang? mwahh berjuta kali.Kuikui. Pastu start daripada situ, aku follow/add dreemers yang betul betul tegar gittew. Pastu rapat dengan Keknis. Alaaaa yang kat atas tadi. Hehe. Loveyouuu keknis, thanks sebab sudi dengar cerita meow yang mengarut gila tu. KakUde&kakQie yang merupakan bebiri eh bebini EM yang juga gila orangnya. Suka menyanyi tau. Penuh dah music player dengar suara merdu mereka. Kahkah. so kakQie&kakUde bila nak karoks lagi? windu tau. Mwahhh. KakSyah! yaaaa, tengok gaya macam comel je macam cantik je. Kuikui. Comel orangnyaaa. Suka berkongsi ilmu keagamaan dekat FB membuatkan hati tersentuh & cuba untuk menjadi yang lebih baik! Alhamdulillah. Kak Red, nampak macam garang tapi hakikatnya perghhhh banyak gila daripada garang. gittew. Thanks Kakred sudi kongsi semangat haritu. Hehe. Btw, kakred ni ibu kucing gittew. KakMell, juga merupakan salah satu bebiri EM! eh bebini. Suara sedap bohhh. So kakMell nak sign nanti kakMell dah famous senang. Hahahaah ok. KakIqa, dikenali jua dengan nama IndahQazen&IndahMimpi. penangan cerita kerana terpaksa aku relakan lettew. sayang kak Iqa, suara kakIqa comel buat ku tertawan gittew. KakIqa jaga diri elok elok tau! Allah beri ujian sebab Allah sayang. mwah kakIqa. Mastura, seorang boleh dikatakan junior ah kan. sebab dia panggil aku kakMeow. see betapa cutenya aku(taklehcomelnantiChamaroh) Dia ni gila terbaik tahap apa entah, suka tau bagi video&lagu EM. Loveyouuu. actually banyak lagi tau, tapi tak kenal sangat hehe. dalam proses. Soon ok? hehe. Kak rara, kakAini, Aisyahumar, Aliyaaaaaa,KakZura aka bibik, Kak amy, Tqa- moga kita terus merapatkan saf yaaaa. ILOVEYOUSOSTRENGHT TAU EVEN KITA NI TAK ADA PERTALIAN DARAH. kuikui. Kepada DreEMers lain yang aku tak sebut nama jangan kecil hati mahupun jantung serta limpa. Maaf daripada hujung kuku kaki sampai hujung rambut tau. Sayang aokmer semua. Mwaaaah. 



Sempena dah nak rayooo ni, aku dengan rendah hati serta rendah kaki, ingin mengucapkan selamat hari raya aildilfitri maaf zahir & batin. Tahun ni kita kosongkosong k? Laveyou. mwah. 


p/s; EM nak duit rayooooooo, kad rayoooo & tandatangan rayoooo. Kuikui

Thursday 3 July 2014

Ramadan

Assalamualaikum yuhuuuu, akhirnya, dapat juga jari aku menari di atas kuncipapan ini. yeay me. Okay. story harini ni about ramadan. peewit. Ramadan tiba ramadan tiba. idk tapi aku suka ramadan so much. Okay disebabkan tahun ni guwa nak spm. bak kata orang, eeesssssspieeeeeeyeeeem. Sangat sangat tak best k. hahaha. Penat setiap hari.....balik balik je pergi tuisyen. overall setiap hari ada tuisyen k. best kan? best kan? best kan? Orang yang nak spm je faham perasaan aku ni k. Ni kalau tak berjaya lagi tak tau nak cakap apa. ok. then berbalik balik kepada ramadan. actuallykan taktau nak cakap apa. hahaha ok. First time aku berbuka kat tuisyen k. maybe lepas ni kena biasa biasakan diri.
Okay. nak cerita yang aku join Official group fans club EM. yeay. hehe. Hanya orang tertentu je boleh join, Yeay me. EM namakan group tu GERTUMDA. Wuuu gempak. Setiap hari wajib ada notifications tentanf group tu. Meriah. Dengan adanya group tu, reken reken makin bertambah. well berkongsi satu minat iaitu EM. ok. Best jadi ahli GERTUMDA NI, EM akan update apa apa dengan group ni dulu. Hehe. EM akan share something yang dia takkan share kat public sebab group tu closed group.  Selain itu, aku dapat kenal dengan dreemers tegar em. AC (ca comel :p) , keknis,keksai,keksyah,kekude(ps:pernah mimpi lagi tau. mohon jealous) &kekshu. Memanglah dreemers em ni ramai tapi tu lah. guwe ni pemalu. Dengan kucing malu. Dengan peti ais pun malu. (budak afzan yang kenal aku yang baca post ni comfirm dah ketawa sambil geguling tambah pakej dengan air mata lagi) hahaha. ok. Sayang GERTUMDA. Takpe, nanti i ambil ouls punya gambar then i masukkan dalam buku abang macho. hehe (ps: yang repet dengan aku k) hahaaha.
Ramai gak ah usik aku dengan kata kata nakal. hamboi. Sibuk je tau. Ada juga yang bash bash aku tau. Sedih tau. Salah eh minat EM? well, sorry to say, aku 'kipas susah mati' EM. pelik gak ah aku ni. Tak pernah minat artis macam gini. oh maybe, EM je artis paling peramah yang pernah aku jumpa. Pastu EM ni suka layan fans dia even fans dia ni terlebih gila daripada orang gila. imagine ah, memang lah bukan setiap komen em akan reply tapi dia berusaha dengan gigih untuk reply. guwe respect sama lu bro. As kita semua tahu kan, menyanyi hanya sebagai hobi EM. So EM ofclah busy dengan kerja dia. Hehe tapi tetap layan kitaorang. WELOVEYOUCAPTAIN! xLoveberjutajutajutakali. Pssst psst nak bisik ni "kau kutuk aku eh aku minat EM? ehem, nak tanya, artis yang korang minat tu pernah ke tahu korang wujud? atleast em adalah juga communicate dengan fans dia. hehe. sedih tau engkorang ni. pastu kan, pernah ke korang jumpa dia? Ehem." Maaf kalau terasa sebab aku dah sakit jiwa tengok engkorang yang macam takda life tau sibuk hal aku. mewmew.
Goodnight, Assalamualaikum
Lain orang lain taste. Sorry kalau aku pernah kutuk artis korang. So insyaallah lepas ni aku taknak kutuk artis korang dah. goodbye.