Saturday 6 June 2015

JENGKA AWESOME

Assalamualaikum dan selamat sejahtera gais! Pergh heaven illew dah sampai rumah. Padahal dah sampai tengah hari tadi dah. KahKahKah, Okay sementara ada laptop ni. Yuk update sikit apa yang aku lalui sepanjang MDS dijalankan. Yes, aku akui aku sering dimomok momokkan dengan cerita yang bukan bukan pasal 'UiTM Jengka' ni. Engko ghase? Kita dah bina persepsi yang agak teruk pasal Jengka, ofclah kita rasa cam ergh wth jengka ni kan? Aku sarankan engkorang takyah nak poyo sangat okay? Jengka okay je. Yang tak okay mulut mulut manusia yang celaka tu.


Hari pertama. Excited. Bangun pagi siap siap sampai taknak sarapan, punyalah excited nak g Jengka. kahkahkah. Pastu ws Wani sebab nak satu bilik dengan dia. hihihi. Bila nampak je signboard Jengka, aku tetiba cam errr "MAK!!! NAK BALIK KUANTAN" tapi aku hanya mampu bermonolog sahaja. Hahahahahahhahaaha K. Pastu nampak signboard "UiTM PAHANG-CAMPUS JENGKA" lagilah tak keruan pergh ayat. Hahahahah penat duduk dalam kereta sebab jalan nak masuk ke Jengka tu penuh dengan Kelapa sawit & jalan kecik je. Line Phone pun G je memanjang.

Jejak je kaki kat UiTM aku macam arghhhhhhhh kamek mok pulang. hahahaha takdelah. Pastu ws wani sebab nak daftar sesama. Dah daftar semua. Kami pun bergerak ke bilik. Heeee. dah sampai tu, macam Alhamdulillah gila dapat bilik bawah! Katil pun bawah. hihi. Masuk bilik ofclah nak berkenalan kan? So aku ada 2roommates lagi iaitu nadia(Kuantan) dan Adha (kelantan). hehehe. Diorang dua happening gila k. ahhahahaha seronok.

Dah siap makan kemas everything semua, kena turun kat court depan tu. Pastu kena beratur ikut course. Aku course Science Comp. hehe.so beratur then kena jalan kaki je dari KTF(Kolej Tun Fatimah)  tu ke DIS(Dewan Indera Segara). Jauh dia macam 1km juga ah takpun lebih. Kalau berjalan takpe gak, ni kena berlari ala ala merentas desa gittew. Paling trauma dengar OC cakap, 'pantas siswi pantas' dia macam dupdapdupdap gittew. Hahahaha.Paling seronok masa MDS(Minggu Destinasi Siswa)  ni kat DIS takde kerusi so kena bersila je. imagine ah. program hari pertama habis pukul 7pm. Pastu balik ke KTF makan solatsdemua pastu ada rocall. kitaorang kena pakai baju kurung & Sports shoes & bawal sahaja dan style roket. Pergh kan? Hahahah dalam pukul 9 lebih cemtu dah habis then kitaornag balik bilik dan buat apa yang patut. Kahkahkah.Pastu tidur. Kitaorang pukul 6 dah kena ada kat court. so tidoqlah awai.

Hari kedua. Pukul 5 dah bangun dah bakhang, awai illew. Mandi semua, then turun kat coust ada tazkirah pagi bertajuk aurat ya adik adik semua. hihihi. Then g makan. Lepas makan pergi kena Dewan Kuliah 1. Yang ni ikut course lah. OC OC bagi taklimat pasal daftar semua bla bla. Then kitaorang bergerak ke Dewan, ambil kak matrik sementara, daftar semua sendiri K SENDIRI. hahahha. Okay. Then malam tu ada program kesyukuran& ada ceramah. Ustaz best. hihihi. pastu pagi esok kitaorang kena ada kat court pukul 4,30. kena rocall T.T sebab ada pelajar yang tak pakai baju kurung,

Hari ketiga. Pukul 3 dah bangun mandi semua. Huwaaaa awainyaaaa. Sesungguhnya tidur teramatlah tak cukup T.T Then kitaorang semua ada sesi braiunwash dengan semua OC campuq dengan OC lelaki. malu gila kena tegur pasal aurat. Pastu bila dah subuh kitaorang masuk bilik tukar baju putih kain hitam tudung hitam & skarf UiTM. Dah siap semua pergi makan then kena berlari kagi ke DIS then ada macam macam taklimat. waktu zohor balik makan& solat. Then taklimat lagi then balik bilik pukul 6.30 for solat Asar, Maghrib & makan. Dah siap pergi DIS balik untuk majlis penutupan.Then dah habis semua tetiba ada prank &prank tu dirahsia apa supaya adik adik excited hahahaha. So Jom masuk UiTM PAHANGCAMPUS JENGKA.

Yeay dah habis! selesai pengalaman aku sepanjang menjalani MDS. Alhamdulillah dah kurus sikit. Looking forward untuk kurus lagi. kahkahkah, over kan? Oaky gais bye nak pergi daftar koko & nak tidoq, esok nak kena bangun pagi pulak nak pergi beli barang. Okay bye gais. mwah ciked.\





p/s: nyanyi lagu UiTM dihatiku sekali hahahhaa. bye

Sunday 31 May 2015

What? Dah nak masuk U?

Assalamualaikum semua! perghhh nak menaip punya rasa waswas dooo. Serius punya lama jari tak menari atas keyboard. Banyak gila namatey cerita yang aku nak kongsi tapi tu lah. Nanti aku throwback jela k. Serius malas siot nak berfikir untuk waktu ni. Otak aku dah berkarat. Hoo laaa dah hampir 6bulan duduk mereput je. Haaa tengoklah bila last aku update? camsiot je bulan 1 weh. Now dah bulan 6.

Hellyeah. 1JUNE. weh! 3June aku dah kena masuk uitm jengka beb, Jengka..........Sumpah tak sangka dapat Jengka. Aku target poli/kptm je. Tapi tu la aku mana boleh tak bersyukur, ramai lagi yang kat luaq sana nak masuk U tapi tak lepas. Apa apa pun kena bersyukur. Sebenaqnya aku tak suka UITM. entahlah sejak form 4 aku pandang rendah kat uitm. teruk beno perangai. haaaa ambik kau, dapat UITM pastu kat JENGKA pula tu. Well, "Welcome tu U kelapa sawit" & guess what? Aku dah buat research pasal UiTM jengka, see betapa aku excited nak pergi? Padahal aku tak sanggup.

First time beb nak berjauhan dengan family. ko ghase? Aku tak tahu macam mana aku nak survive kat sana. Aku dengaq macam macam weh pasal jengka. Sedara mara aku semua takut takutkan aku. Aku jadi berbelah bagi nak pergi ke tak. tetiba menyesal tak masuk matrik kelantan taoi takleh menyesal gak, bak kata orang kalau nak berjaya kena ada berkat rite? Mak aku nak aku masuk UiTM... Takpelah, belajaq jela.

Satu je yang aku takut takboleh cope. 'Lelaki Ajnabi' . Weh 5 tahun aku sekolah perempuan, tetiba nak tukar environment, ko ghase? Segan. Malu. semua bercampur baur. Yes memang ada group, yes dalam alam maya kira cam okay lagi nak berkomunikasi. Tapi bila ftf? Sedangkan kedai yang aku suka pergi, kalau ramai lelaki, memang a big NO aku nak masuk.....ni kan pula. haihTakpelah, aku kena sahut semua cabaran & menghadapi setiap dugaan dengan penuh tenang.

Now, setiap persiapan aku dah siapkan. Aku nak setiap benda sempurna. Kahkahkah. Gedik gila kan? tapi, sukahati akulah. Aku punya hal. Tak sabar nak hadapi mds. tak sabar nak jumpa kawan baru. Tak sabar nak kenal macam macam perangai setan lagi. ekekekekeke. Doakan aku berjaya dunia & Akhirat. hihihi. Mekasih. Loveyou.

Kadang, kita perlu berlari merentasi semua dugaan yang menimpa. Rempuh segala cubaan itu. Jangan pernah pandang belakang lagi. Yang berlalu biarkan berlalu. Kadang rindu pada kenangan.Tapi kenangan hanyalah sebuah kenangan, Andai sudah  berjaya hingga ke awan biru, jangan pernah lupa tanah. Tanah yang sentiasa menunggu. tanah yang selama ini kita jejak sebelum kita sampai ke awan!


teruskan berdoa agar aku terus berjaya dalam bisness yang aku lakukan, Instashop ; Ajmailicioux

Saturday 24 January 2015

2015

Asslamualaikum and hai semua. Harini dah 24/1/2015. Maknanya dah 24 hari pada tahun 2015 ni aku bernyawaaaaaa. Alhamdulillah. Aku dah 18 tapi belum cukup. habis SPM ni mati kutu weh aku kat rumah. Tak buat apa apa kecuali main coc.......Okay korang wajib cuba try test main coc ni tau. Best gila bakhang. kihkih. Tapi aku still amatur. kuikui. takdelah teror sangat. Adik aku lagi teror. Mihmihmih. Boleh tak aku nak kembali ke sekolah? Maksud aku jadi pelajar sekolah balik. Rindu beb rindu. Perkara gila yang kita buat kat sekolah tak mampu dah kita buat masa kat luar. Serius.  Kepada pelajar sekolah, pls hargai masa kat sekolah.

Faham tak bila dah habis sekolah. kau tetiba cam lonely. Takde kawan nak curahkan perasaan. dengan tak rasminya twitter aku dah jadi diari aku tapi tu pun still tapis tapis. Pedihnya sakit hati takde siapa tahu. Sakit bro. aku tak tahu sampai bila aku nak rasa macam ni. Arghhh mungkin semua pernah rasa macam ni. 

Sakit hilang kawan lagi pedih wooo daripada hilang kekasih. kalau kekasih, cukup seminggu kau nangis then dah boleh ketawa sebab kau still ada insan bergelar kawan yang buat lawak bodoh. Yang ceriakan kau. Tapi bila hilang kawan ni lain bro, tak tahu nak describe macam mana. 

ada satu kes. Jadi kat sedara aku sendiri woi. Aku banyak belajar tentang friendship dengan dia lah. 
 A kawan dengan B C D memang dah lama. sejak sekolah menengah. Dikira lama juga lah kan? tetiba bila dah habis sekolah. A gaduh dengan B sebab .....perkara ini dirahsiakan sebab aku pun tak tahu. A dengan C pula, C ni jenis perasan cantik, perasan diva lah tapi perangai cam hampeh.  Bila C ni susah dia cari A. Tapi bila A tegur dia. Dia sakit hati terus tak contact dan terputus hubungan sampai sekarang. weh! aku selalu g lepak rumah C ni. Aku pun tak percaya C macam ni......D pula. Okay, si A ni ada lesen kereta lesen motor. So nak g mana mana kira senang lah kan? A dengan D bertahan lama. Semua rahsia dia kongsi bersama. Tapi si A ni berhijrah ke tempat yang lebih jauh. Tetiba si D ni buat fitnah tentang A. Ya Allah, gila ah. Tu kisah sedara aku.

Sejak aku tahu kisah ni, aku makin tak percaya kat orang. Lagi pun, ada banyak sangat dah kes yang berada dekat dengan aku tentang kawan tikam kawan. talam dua muka. Serius aku jadi takut. 

dan dalam tahun 2015 ni, aku makin dapat kenal perangai kawan kawan weh.

mana yang jenis suka mengambil kesempatan.

mana yang jenis suka cakap belakang.

mana yang jenis suka tolong aku.

dan perkara itu biarlah jadi rahsia peribadi aku. aku banyak dah terasa dengan kawan. Aku belajar yang tak semua orang boleh jadi sahabat kita.

beb, kawan ramai pun tak guna bila kau susah takde siapa tolong.

pesanan aku : jangan kawan dengan aku. Aku jahat.