Sunday 8 April 2018

The Experience of 2018.

omg hi, aku tak tahu kenpa sepanjang tahun 2017 aku cam malas gila nak menulis serta menaip serta jari jemari makin malas nak menari di atas keyboard-ku-yang-cantik-serta-menawan gittew. Aduh baru start nak menulis dah mangentuk terus. Tapi aku kena terus menaip sebab aku nak abadikan segala galanya dalam blog aku macam dulu- dulu. Doakan aku terus rajin hehehehehe walaupun yang baca ni diri aku sendiri je. Aduh sendu siak. Nak buat cemmana memang kenyataan. YA KENYATAAN ITU SUKAR UNTUK DITELAN aaaaa tetiba emo ko pehal. ok nak start macam mana ni?

Marilah kita start dengan Bismillah....ok so camni, hehehehe aku dah masuk Degree weh. Deg's life sumpah tak sama macam Diploma. Tapi tu la, terkenang balik susah payah aku masa Diploma rasa nak nangis weh T.T Bukan senang nak habiskan Diploma in Science Computer ni weh. Dia macam menarik rambut dalam tepung. I swear. Bukan senang nak survive dalam perkara yang kita tak boleh go. Tapi guess what gais? Yes, aku masih lagi meneruskan perjuangan ini kat Degree.Alhamdulillah, semua ni rezeki aku dapat setelah pelbagai onak dan duri dalam percintaan eh pejuangan mendapatkan TM(complete)  dalam result sem5. Alhamdulillah G.O.T(Graduate On Time) gais walaupun aku belum grad lagi. Hehehe. So jum throwback sikit semua kenangan aku di Diploma's Life.

Aku start Diploma kat Jengka. Ya Allah rindu Jengka. Kat Jengka aku enjoy gila balik lewat main badminton. Pergi lib dari pagi sampai malam. Sesuatu yang aku takkan dapat kat Raub. Yela, enjoy sangat sampai injured teruks time part 2. Then part 2, aku start masuk Raub. Raub ni best sebab sejuk tapi tu la, kecil dan takleh enjoy sebab macam bebudak sikit. Kul 11 dah kena ada dalam kolej kalau tak kena saman 50myr. Sikit-sikit saman. Itu tak boleh ini tak boleh. Bebetul macam kolej-based-asrama. Tapi semua ni yang buat aku rindu sampai sekarang. I miss you, UiTM Pahang cawangan Raub. <3 <3 <3 ((love love love)incase kalau tak tahu kahkah) Alhamdulillah, sepanjang aku belajar selama 4sem aku lulus semua dan tak ada repeat. Moga time Degree ni pun sama, Amin. Walaupun sukar tapi aku boleh! Aja-aja Fighting!!! Tapi itulah, kita takkan selalu berada diatas.

Aku rasa aku terlalu mendongak ke langit. Aku lupa tanah yang aku pijak. Aku terlalu berkira-kira. Aku rasa aku wajib habiskan Diploma dalam waktu yang ditetapkan. Aku terlalu yakin bahawa aku akan menghabiskan Diploma bersama -sama rakan seperjuangan aku. Allah turunkan hujan untuk aku sampai aku rasa terlalu lemah tak berdaya nak meneruskan hidup. Aku rasa aku dah tak ada apa-apa. Tapi aku tetap percaya yang selepas turunnya hujan pasti ada pelangi. Ya pelangi itu wujud. Aku dapat Degree dan aku dapat tempat yang ibu ayah aku inginkan. Alhamdulillah.

Hujan yang Allah turunkan itu terlalu lebat berserta kilat petir yang memanah terus ke jiwa dan raga aku. Aku sejenis manusia yang merancang semua benda. Entahlah tetiba mulut aku terlalu masin dan aku benci. Bayangkan, kau dah target that subject kau akan berjaya atleast dalam B- . End up time final kau tak pergi sebab kau tertidur. Uitm pulak sejenis yang kalau kau lambat selepas 30min comfirm kau tak lepas masuk. Yesh gais, aku tak pergi exam. Aku terlewat bangun. Exam start 8.30. Aku bangun 9.30. Comfirm tak boleh masuk. Tapi aku ni hati kental. Malu tu tak yah cakap. Aku bangun tengok jam terus siap pakai baju semua , baju muka gosok gigi cukup. Takyah lelebih. Terus melangkah terus ke Dewan Exam walaupun tahu dah tak boleh masuk, muka dah tahan nangis dah tapi chill je sambil pujuk roommate yang turut enak tidur bersamaku. Benda ni supposely sedih tapi setiap kali aku type mesti rasa nak ketawa. 

So sampai dewan terus cam cari ketua pengawas,dah jumpa tapi kp tak kasi masuk tapi dia sarankan kitaorang ambil MC pastu kasi hep. Yela weh, dah last sem buat perangai hampeh......... Pastu balik bilik call mak, terus terjun air mata T^T sedih weh. Pastu siap siap pergi hosp sebab aku memang demam teruks  then aku fobia teruks nak g Unit Kesihatan. So geraklah Hosp Raub ambil MC pastu hantar kat Hea. Masuk masuk je orang hea be like " Haaaa yang dua orang yang tidur tu eh?" Aduh time tu rasa nak sorok bawah meja je. Tapi muka maintain senyum. Yang paling aku bengang, tak sampai satu hari, benda ni tersebar dikalangan lecturer. OMG. yash aku nijenis yang suka jumpa lecturer la apa la. So kebanyakkan lecturer kenal. Takpela aku chill lagi, aku hadap je sebab memang dah nasib kan. Sepatutnya aku nak jumpa lecturer tau untuk subjek selepas tu, tapi sebab kes ni aku tak jumpa. Aku duduk diam je dalam bilik, kalau boleh makan pun taknak sebab malu. Masa tu dah rancang dah kalau kena repeat aku reda je. 

Beban kat dada aku sebab tak habis exam sampai habis final plus dah dapat result aku masih tak tenang. Aku hari-hari resah sebab takut kena repeat, Kita memang redha tapi hati tu la, entahlah, sebab aku perempuan kot. Hari-hari aku over-thinking. Aku terlalu takut nak hadapi kenyataan. Kenyataan yang terlalu perit untuk aku telan. Alhamdulillah, Allah masih ada untuk aku. Rupanya untuk last student yang nak GOT tapi ada kena repeat 1 atau dua paper, boleh ambil special examination atau supplementary paper. 

Dugaan aku tak terhenti kat situ, lepas dapat result tu, aku nak daftar Supp paper tapi tak lepas....system cam tak betul. Aku dah menangis macam orang gila weh. Aku terus call orang hea untuk settle kan semua benda. Wehhh akhirnya boleh juga. Bapak aaaahhhhh banyak betul dugaan aku. Dugaan nak dapat Shah Alam kot. Kahkah. Pastu kan, tarikh supp paper aku tu keluar dengan result penerapan...Aku dah reda mesti tak dapat. Habis je exam, aku check la juga, tapi tepat seperti yang dijangkakan. Aku tak dapat weh, hancur hati aku bila tengok semua orang bahagia dapat situ sini semua. Aku berbelah bagi nak buat rayuan ke tak.

Malam tu aku tak boleh tidur selagi tak buat rayuan, aku resah sangat. Jadi aku buat je rayuan, pastu baru boleh tidur. ditakdirkan pula, result rayuan akan keluar dulu before result supp paper dan itu buat aku tak terlalu menaruh harapan.aku chill je. Hmmmm hati dah terluka, jiwa dah rabak. 3hari before result rayuan keluar, aku tak buka phone. Aku nak off phone seminggu akceli tapi entahlah hari result tu aku cam terbuka hati nak buka phone nak check. ALHAMDULILLAH AKU DAPAT MASUK DEGREE weh. Aku tahu Allah kasi aku semua kesusahan tu untuk buat aku sedar something. 

Izzah, Kau tak boleh terlalu mendongak ke langit sedangkan kau masih perlukan tanah untuk berdiri. Tak kisah setinggi mana kau terbang, kau perlu ingat tpada tanah yang kau jejak.
 Dan, Alhamdulillah. Aku disini, UiTM Shah Alam, sedang mencari ilmu. Doakan aku terus berjaya dan aku doakan korang berjaya seperti mana aku berjaya berdiri disini sekarang. Allah kasi korang ujian sebab Allah tahu kau mampu. Jangan sedih dan jangan berputus. 

Okayla, annyeong. Cam banyak sangat aku bebel harini. Nanti aku sambung lagi tau! Inshaallah. Bye <3