Saturday 6 June 2015

JENGKA AWESOME

Assalamualaikum dan selamat sejahtera gais! Pergh heaven illew dah sampai rumah. Padahal dah sampai tengah hari tadi dah. KahKahKah, Okay sementara ada laptop ni. Yuk update sikit apa yang aku lalui sepanjang MDS dijalankan. Yes, aku akui aku sering dimomok momokkan dengan cerita yang bukan bukan pasal 'UiTM Jengka' ni. Engko ghase? Kita dah bina persepsi yang agak teruk pasal Jengka, ofclah kita rasa cam ergh wth jengka ni kan? Aku sarankan engkorang takyah nak poyo sangat okay? Jengka okay je. Yang tak okay mulut mulut manusia yang celaka tu.


Hari pertama. Excited. Bangun pagi siap siap sampai taknak sarapan, punyalah excited nak g Jengka. kahkahkah. Pastu ws Wani sebab nak satu bilik dengan dia. hihihi. Bila nampak je signboard Jengka, aku tetiba cam errr "MAK!!! NAK BALIK KUANTAN" tapi aku hanya mampu bermonolog sahaja. Hahahahahahhahaaha K. Pastu nampak signboard "UiTM PAHANG-CAMPUS JENGKA" lagilah tak keruan pergh ayat. Hahahahah penat duduk dalam kereta sebab jalan nak masuk ke Jengka tu penuh dengan Kelapa sawit & jalan kecik je. Line Phone pun G je memanjang.

Jejak je kaki kat UiTM aku macam arghhhhhhhh kamek mok pulang. hahahaha takdelah. Pastu ws wani sebab nak daftar sesama. Dah daftar semua. Kami pun bergerak ke bilik. Heeee. dah sampai tu, macam Alhamdulillah gila dapat bilik bawah! Katil pun bawah. hihi. Masuk bilik ofclah nak berkenalan kan? So aku ada 2roommates lagi iaitu nadia(Kuantan) dan Adha (kelantan). hehehe. Diorang dua happening gila k. ahhahahaha seronok.

Dah siap makan kemas everything semua, kena turun kat court depan tu. Pastu kena beratur ikut course. Aku course Science Comp. hehe.so beratur then kena jalan kaki je dari KTF(Kolej Tun Fatimah)  tu ke DIS(Dewan Indera Segara). Jauh dia macam 1km juga ah takpun lebih. Kalau berjalan takpe gak, ni kena berlari ala ala merentas desa gittew. Paling trauma dengar OC cakap, 'pantas siswi pantas' dia macam dupdapdupdap gittew. Hahahaha.Paling seronok masa MDS(Minggu Destinasi Siswa)  ni kat DIS takde kerusi so kena bersila je. imagine ah. program hari pertama habis pukul 7pm. Pastu balik ke KTF makan solatsdemua pastu ada rocall. kitaorang kena pakai baju kurung & Sports shoes & bawal sahaja dan style roket. Pergh kan? Hahahah dalam pukul 9 lebih cemtu dah habis then kitaornag balik bilik dan buat apa yang patut. Kahkahkah.Pastu tidur. Kitaorang pukul 6 dah kena ada kat court. so tidoqlah awai.

Hari kedua. Pukul 5 dah bangun dah bakhang, awai illew. Mandi semua, then turun kat coust ada tazkirah pagi bertajuk aurat ya adik adik semua. hihihi. Then g makan. Lepas makan pergi kena Dewan Kuliah 1. Yang ni ikut course lah. OC OC bagi taklimat pasal daftar semua bla bla. Then kitaorang bergerak ke Dewan, ambil kak matrik sementara, daftar semua sendiri K SENDIRI. hahahha. Okay. Then malam tu ada program kesyukuran& ada ceramah. Ustaz best. hihihi. pastu pagi esok kitaorang kena ada kat court pukul 4,30. kena rocall T.T sebab ada pelajar yang tak pakai baju kurung,

Hari ketiga. Pukul 3 dah bangun mandi semua. Huwaaaa awainyaaaa. Sesungguhnya tidur teramatlah tak cukup T.T Then kitaorang semua ada sesi braiunwash dengan semua OC campuq dengan OC lelaki. malu gila kena tegur pasal aurat. Pastu bila dah subuh kitaorang masuk bilik tukar baju putih kain hitam tudung hitam & skarf UiTM. Dah siap semua pergi makan then kena berlari kagi ke DIS then ada macam macam taklimat. waktu zohor balik makan& solat. Then taklimat lagi then balik bilik pukul 6.30 for solat Asar, Maghrib & makan. Dah siap pergi DIS balik untuk majlis penutupan.Then dah habis semua tetiba ada prank &prank tu dirahsia apa supaya adik adik excited hahahaha. So Jom masuk UiTM PAHANGCAMPUS JENGKA.

Yeay dah habis! selesai pengalaman aku sepanjang menjalani MDS. Alhamdulillah dah kurus sikit. Looking forward untuk kurus lagi. kahkahkah, over kan? Oaky gais bye nak pergi daftar koko & nak tidoq, esok nak kena bangun pagi pulak nak pergi beli barang. Okay bye gais. mwah ciked.\





p/s: nyanyi lagu UiTM dihatiku sekali hahahhaa. bye