Saturday 27 September 2014

Lauching Album Encik Mimpi


Assalamualaikum and hai everybodyyy. Wow, nampaknya blog guwa dah berhabuk nampaknyaaaa. Jom cuci cuci cuci lawan sesawang ni dengan menggunakan mata. Yeay, wow, teror hampa nooo bab bab mencuci ni. Hahahaha ok. Mesti korang tengah aip aip apa yang minah ni merapu. Hahaha. Serangga pilihan....serangga pilihan....kucing...anjing......kuda.......ok apa yang aku merapu lagi niiii. Ok jom start cerita pasal teeneeeeneeet. siapa lagi kalau bukan Encik Mimpi. Jom start.......jommmm....
Pada suatu hari, tersebutlah alkisah....tenenet before korang buka page lain, baik aku teruskan bercerita secara santai. Kehkeh. Ok seperti yang semua dah tahuu kan, Aku kan 'kipas susah mati' si mamat topeng ni.Baru baru ni, beliau telah melancarkan album beliau yang bertajuk "selamat malam cinta" Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Yeeeepi. Ok senanyaaa kan, memanglah nak  pergi tapi aku dah sedia maklum bahawa hari tersebut adalah hari SELASA so dengan kecewanya aku tahu yang aku takkan dapat pergi. Aku pun cam jealous gilaaa dengan manusia manusia yang dapat tiket free daripada rakuten. Alaaa takdelah free sangat, diorang kena beli album dulu. Haaa gittew. Hanya lima manusia yang bertuah haaaa gittew. Pastu kan, Hotfm buat contest untuk memenangi 2 pas masuk secara percuma untuk bertemu encik mimpi. aku dengan senang hatinya masuk peraduan tu sebab aku tahu yang aku takkan pernah dapat, chill broooo. Tapi sangkaan ku salah sebabnyaaaaaa aku MENANG peraduan tuuu... wuuuu. TAK KE GILA NAMANYA BILA KAU DAPAT PASS FREE PERGI JUMPA ARTIS KESAYANGAN KAU TAPI KAU TAK PERGI? Yezza, aku pergi even haritu hari selasa. Macam aku tulis tadi, tak ke gila namanya? So aku nekad even aku kena naik bas sengsorang. Aku bernasib baik sebab mak aku balik daripada Shanghai hari Isnin so hari selasa aku boleh pergi, yeeeepi even aku kena balik kuantan naik bas sengsorang. Phew. takpe demi minat. Kahkah.


23.09.2014

akhirnya, hari yang ditunggu tunggu dah tiba. Kisahnya, malam tu aku tidur lewat menghabiskan novel yang bertajuk "seseorang untuk dinikahi" pergh tajuk. Tapi best bro. So pagi tu pun tibaaaaaa, aku pun bersiap siaplah dengan kakak aku. Dalam hati, perghhh debar exsaited semua ada. Serius gila. So naik lrt kat Bandar Tasik Selatan ke Bandarayaaaa. Lepas jejak kaki kat Sogo tu, tetiba rasa malu nak jumpa dreemers. omg omg. Malu nak jumpa ca, kakred, kak ude, kakqie, kak aini.....Huwaaaaa maluuuu semalu malunyaaaaaa. Sampai sampai lepak Chatime sementara tunggu Zuhur. Dalam hati beria doa agar Ca and the geng takde dalam surau. last last ws ca, ca cakap diorang berkumpul dalam surau. Omg omg. Dahlah surau ada satu je. Maluuuuu broo. Muka jangan cakap ah, kenalah cool sokmo. Dalam hati, "wey tolong bunuh aku jap." "eh nak pinjam topeng em lah jap" Hehehe. Kerana terpaksa aku relakan, aku pun masuk dalam surau tu. First masuk je dengar suara ca, " is that you, meow?" Phewww debar, masuk masuk terus pergi kat ca, kakred, kakude, kakqie & kak ainiy. Ca kan, tetiba peluk aku macam dah lama tak jumpa, padahal baru first time jumpa. Rasa terharu k. Ca punya pipi tu rasa nak gigit jeeee, auuum.Ca comel gila ok. Tak tipu. serius! *ca if ca baca ni mohon ca nangis guling guling sebab terharu okay?* Kakred pula tak habis habis dengan whiskes dia. Suka kacau aku. Takpe takpe. Sabar je. Biasalah baru first time jumpa, kenalah sopan santun. Kak qie, kak ude & kak ainiy lebih banyak mendiamkan diri. Faktor malu kot. kotlah. Hahaha. Padahal aku yang maluuu terlebih. Sila wujudkan #MeowSeorangYangTeramatPemalu . Lepas solat semua, naik atas, wuuuu exsaited nak jumpa em. Yeeepi. Oh yaaa terpisah seketika dengan mereka. Almaklumlah bawa kakak weh. Hahahaha. Naik naik daftar nama then duduk kat situ sambil berphoto-photo. Maaf photo tak disediakan atas sebab sebab yang tertentu. Cewah, nyampah gila ayat. Pastu tetiba ca ajak masuk bilik rahsiaaaa, wuuuu 'rahsia' lah sangat. Then dapat jumpa dreeemers baru iaitu, kak faz, kak diyana & ......ok aku lupa sorang lagi. Huwaaaa Banyak makan semut agaknyaaaa. Agaknyaaaalah. then duduk borak borak. Padahal aku banyak gelak sebab malu. Ni kalau budak Afzan baca ni, mau dibantainya aku hari isnin nanti sebab aku kalau kat sekolah, siapa tak kenal? "Izzah manusia paling tak tahu malu" -suka kacau cikgu tengah mengajar kat kelas sebelah -selamba je makan dalam kelas even cikgu dengan mengajar weh hahahahaha. ok fine. Sila gelakkan aku puas puas masa baca ni. Lepas ni kena lupakan sebabnya. Kan aku dah cakap- apa yang aku tulis kat dalam ini adalah rahsia kita berdua. Ok, apa pula maksud rahsia? Rahsiaaa adalaaaah.....sila google sendiri. Terima kasih. Lepas tu lepak dalam Party Room menanti ketibaan yang amat disanjungi disayangi iaitu Encik Mimpi. But first let us take a selfie, so berselfie lah aku. Well Ratu selfie kan. Haha. Lepas tu EM pun muncul. Alaaa macam protokol biasa...bagi ucapan...menyanyi...bertanya....bergambar (sorry jari dah penat dah menari ni. kuikui) Pastu tibalah saat yang dinanti nantikan. bergambar dengan EM. Berborak dengan EM. Aku tak sangka gila yang EM ingat nama aku. omg omg rasa nak nangis je. Sorry sangat EM sebab meow paksa EM ingat siapa EM. & meow amat terharu sebab rupanya EM ingat. Lepas tu bergambar, Kalau korang nak tahu kan, keluarga Dreemers ni, kalau dah bergambar, rapat gila nak mampuih. Masa bergambar tu lah, aku kenal Abang Faz, Kak Biha, Kak Amal, kak Tonah, Abang Wan(eh kena panggil abang ke? Panggil One Two Threee Infinity dah lah :P) pastu Abang Mike(aku tak tahu umur berapa, bantai ah panggil abang) hahahaha,. *hormat katanya* OK. Siap groupfie dengan em. Ok gambar ni dibenarkan share sebab gambar ni omeyyy. Yeay


Dan, berakhirlah ceriteraku kali ini. Mogaaaa dapat dibukukan kelak. Hahaha. Aku tahu korang pun dah penat membaca sebabnyaaaa aku dah penat menaip, k. Apa apa nanti, aku update lagii. Heee. Maaf kalau ada yang terkurang, terlebih. kut kut yang terasa ke pe, maaf yooo. Yang penting aku memang sayangkan Keluarga 69 dreemers ini. Mwah. Loveyouu All.



CA, KAK RED, KAK UDE, KAK QIE, KAK AINI, KAK BIHA, KAK AMAL, KAK TONAH, KAK DIYANA, KAK FAZ, ABANG FAZ, ABANG WAN, ABANG MIKE, KOKNA, UNCLE HADI, & ENCIK MIMPI- Terima kasih atas memori yang tercipta yang terindah yang akan terpahat kukuh dihati ini. ILOVEYOUALLSOSTRENGTH GITTEW


Nota cakaran ; doakan Spm aku berjayaaaa. Trial? Jangan tanya ye ibuk ibuk bapak bapak. Bye Assalamualaikum. satu lagi, fyi, nama 'meow' hanya valid kepada Dreemers sahaja. Thnkyou.