Monday 25 November 2013

cuti

Assalamualaikum semua. So cuti korang okay? Aku? sangat membosankan untuk 2 minggu pertama ini. Actually taklah bosan sangat tapi idk banyak masa terbuang macam tu and i was like eh dah hari lain. Okay 22.11 haritu birthday guwa. and aku sangat berterima kasih dan menghargai kepada orang orang yang wish aku. So sweet. Hadiah hadiah yang aku terima pun best. Thanks semua. Tapi aku terkilan sebab ada yang aku tak wish. Sangat terkilan. Tak perlu kot aku nyatakan siapa. Tahu tahu sendiri lah. Aku tak tahu kenapa aku sekarang macam malas je nak pegang phone. Argh. Rasa macam phone tu beban kat aku. Haha. Lagipun tak ada apa yang nak buat. Buka twitter tak ada orang mention. Buka facebook tak ada orang chat. Buka ask.fm tak ada orang ask. So aku biarkan phone tu bersemadi dengan tenang. Cewah. So sekaran aku nak study tapi mood study tak sampai lagi. Nak tunggu abang aku habis exam, oh yaaa mestilah nak guna buku buku dia. hikhok. So sekarang aku uruskan kedai. Tadi uruskan stock. Check stock semua. esok insyaAllah tangkap gambar balik. Kalau tangkap memalam ni tak lawa. Minggu depan nak ke kl. Mak cakap if ada duit, restock tudung. Yahooooooooooooo. Semoga rezeki melimpah ruah supaya boleh restock tudung. Amin. Eh, sebelum terlupa, nak bagitahu yang adik aku dah berkhatan. hehehe. Tahniah Muhd Iqbal Muqri Amran. Oh yaaaaa, 1.12.2013 ni insyaAllah aku akan berada di Taman Gelora untuk program amal i think. Tak ingatkan. Okay guys, aku nak promosi tudung gua. So silalah jenguk instagram : Ajcreationsonline tudung yang dijual semua lawo. Serius. Korang akan nampak lawo. Tak nak percaya sudah. Kalau berkenan wechat/whatsapp. Jangan lupo ye semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Assalamualaikum. Peace yo

Wednesday 13 November 2013

UPSR

Assalamualaikum and hai semua. Aku ada dua story harini. mohon discroll ke bawa lalu baca kalau taknak tekan button dashboard kat atas. kbye.
Hari ini aku nak story pasal UPSR. Terang lagi tanpa bersuluh memang bukan aku yang ambil UPSR kan? Oh yaaa adik aku yang ambil result UPSR hari ni. Mula mula nak pergi sebab nak jumpa cikgu cikgu lama tapi batalkan niat sebab M A L A S. Hihi. Tapi selepas dipaksa oleh mak. Nak tak nak kena jejak kaki kat SJK(c) Kong Min juga. First first jejak masuk tu, i was like wow wow wow banyak yang berubah. Makin lawa. Meja kantin pun dah tak pakai meja kayu, apa kelas meja kayu? Pakai meja besi la woi. Then duduk situ mendengar Guru besar membebel. Ya Allah rindu gila nak dengar ucapan dalam bahasa cina and hari ini termakbul. Yeay. And lupa nak cakap yang sekarang Kong Min dah jadi sekolah Kluster Kecemerlangan you know? And aku berbangga sebab aku pernah diajar dan belajar disitu. Rindu awww. Lepas umumkan 7A and 6A1B. Terus mereka semua disuruh naik. Mak aku ni berbelah bagi nak naik ke tak. Serius la la lawak. Then lalu kat tepi kantin tu and sekali lagi aku macam wow. Lawa gila. mesti best rehat duduk kat situ. Seronoknya mereka. Bertuah. You guys nak tahu macam mana, you guys kena masuk situ. Then decide nak naik ke kelas adik. Wow gila lawa tempat tu sekarang. See berapa banyak wow dah aku cakap. Hahaha. Okay bila tiba nama adik aku diumumkan and aku terus ambil result dia. Not bad. 3A3B1C kiranya dia bijak sikit jela sebab aku 3A2B2C. alaaaa sikit je. Kiranya aku dengan adik aku lagi teror daripada abang aku. Muahahahaha. Okay then terus balik and menghadap benda alah ini. Ceh. 
Ada beberapa perkara yang aku benci tentang diri aku and aku tak tahu kenapa
1 - suka sayang orang yang tak sayang aku
2 - suka ingat orang yang tak ingat aku
3 - suka rindu orang yang tak rindu aku
4 - suka hargai orang yang tak hargai aku
5 - suka jaga hati orang yang tak jaga hati aku
Well semua orang pernah kena right? Ini terbukti bila kau baca ni kau akan terbayang kisah kisah kau. Wkwkwkw. yeah kita semua rasa and kita takkan sedar yang ada orang yang sayang/ingat/rindu/hargai/jaga hati kita and kita tak buat semua tu untuk dia. Sebab apa? Sebab kita terlalu ghairah kat orang yang tak sukakan kita. And yeah lainlah aku, nobody gonna like/remember/miss/appreciate/jaga hati aku. eceh sibuk nak speaking walhal grammar terabur well grammar aku mana pandai beratur. 
Okay aku nak blah dulu. Bye Assalamualaikum. Wish me luck for next year! iloveyou bff. xx

Sunday 10 November 2013

Rasa




Assalamualaikum. Korang pernah tak rasa diabaikan? Rasa ditendang diterajang. Rasa tak diperlukan. Rasa dibenci dan semua rasa rasa negatif yang lain? Ofcourse pernah kan? Itu perasaan yang aku rasa sekarang. Patut ke aku rasa macam ni? Dari dulu sampai sekarang perasaan tu ada dengan aku. And yeah ni bukan untuk family tapi untuk kawan kawan. Eh patut aku gelar diorang kawan ke? Cari aku bila bosan. Cari aku bila susah. Cari aku bila nak bantuan. Serius aku tak rasa apa apa pun bila korang buat aku macam tu. Aku just rasa best sangat. Teruskan perangai korang. Sekarang aku kat bawah. Tapi jangan risau, hidup ni macam eye on Melaka. Sekarang aku kat bawah. Mungkin suatu masa nanti aku kat atas. Aku akan menikmati permandangan yang indah daripada atas. Jangan risau. Aku okay. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku tak perlukan teman lelaki special atau bahasa biasa boyfriend. Aku tak perlukan fake friendssss. Aku nak sahabat, family dan Allah. "Bila kita bersahabat dengan seseorang, jangan expect dia akan sayang kita macam kita sayang dia. Jangan expect apa yang kita buat untuk dia, dia akan buat untuk kita. Bersahabat biar kerana Allah" Okay aku faham. Sedikit sebanyak kata kata ini meresap masuk kedalam otak lalu dicerna lalu aku terus faham kenapa mengapa aku rasa macam ni. Kau tahu apa yang aku lalui? Tak. kau takkan tahu sebab aku lebih suka pendam. Faham tak bila aku perlukan seseorang, tak akan ada orang ada dengan aku. Sebab korang takkan tahu bila masa aku ada problem yang besar. Problem yang kecil kecil memang aku story je kat korang. So bila nampak aku lain je, aku harap sangat ada orang tanya "Izzah okay tak?" . Tapi rasa macam tak pernah tapi macam pernah. K see aku tak pernah puas hati dengan layanan orang. Argh. Aku ni jenis bila aku sayang orang tu. Aku akan anggap orang tu hak aku. milik aku. Tapi hakikatnya orang tu tak ada dengan aku pun. Sadlife kan? Aku nak genggam dia agar dia tak terlepas tapi hakikatnya dia meronta dalam genggaman aku. Akhirnya aku kena lepaskan dia juga. Jadi aku akan biar je semua orang. Aku taknak dah genggam sesiapa. Aku nak genggam buku je lepas ni. Jangan tanya kenapa aku jadi macam ni. Tanya diri korang sendiri. 

Time up. Bye Assalamualaikum.



Saturday 9 November 2013

Jamuan

Assalamualaikum yooo. Hari ini aku hang out dengan kengkawan. Weeeha. Actually jamuan kelas tapi 13 ornag je yang datang. Best wooo jenjalan. First of all pergi makan kat Pizza Hut. Bayar mahal mahal semata mata sekeping pizza. Berbaloi tak? KahKahKah. Patutnya jumpa classmates pukul 2. Tapi pukul 11.55 aku dah sampai. Sebenarnya aku pergi awal sebab nak tengok Highlands tower tapi penuh. Urghhh. Tension. Pastu decide tengok baby blues je. Best juga cerita ni. Pastu dah habis tu pergi kat Pizza Hut dengan langkah gemalainya. Cewahh padahal langkah yang ganas. Sampai sampai tunggu semua ahli forum dulu. Aku macam errr over sangat ke dress up aku sebab diorang macam 'Aik izzah nak pergi fashion show ke?" "lawanya Izzah" hahahahahaha aku rasa korang ni dah buto. Punyalah hodoh dress up aku korang cakap macam tu. Serius tak rasa apa apa bila diorang puji sebab aku sedar siapa aku. Aku taklah lawa macam neelofa. Taklah langsing macam Kilafairy. Tak tinggi macam Syatilla Melvin. Tak flawless macam Fazura. Tapi aku adalah aku. Seorang insan biasa yang sering melakukan kesilapan. Aik? Melalut sampai sini. Okay stop it Izzah. Lepas makan tu kitaorang semua berpecah. Aku, Wani, Nasrin, Ifa, Balqis and Lisa pergi meraya-rayau. Karyi, Hanis, xue yi, Yen yee, Valerie and Wit yee pergi karaoke. Malas nak karaoke sebab kompem lagu korea. Lepas berpecah, rancangan asal nak tengok Highlands tower tapi ehem tiket habis. omg rasa macam asdfghjkl. Then decide nak karaoke kat Music Star tapi P-E-N-U-H. macam badluck je. Pastu kitaorang pergi makan Tong Pak Fu. Serius sedap. Dah lah besar. Auuum. Kongsi berdua lah. hikhok. Pastu tangkap gambar pastu borak. Then kami berpecah lagi aku, wani and nasrin sekali. Ifa pergi jumpa kawan dia. Lisa and Balqis sekali. lepas tu balik. Dah ah dah berpage page tulis pasal ni. Comfirm semua dah bosan. okay tekan next sekarang. Tekan pat. click. Ni pula aku flashback tentang semalam. Ada apa semalam? Haaaa semalam pun ada jamuan tapi jamuan Pengawas/pengawas pusat sumber/koperasi/ajk asrama. Begini ceritanya, alaaaa kan aku dah story haritu cuba tekan older post. Haaaa tentang tulah. pagi tu pergi sekolah macam biasa bla bla pastu balik pakai baju bla bla. Dah sampai terus gelabah and idkw. pergi merata merata. OMG aku lupa sepatutnya ambil balik senarai tu. Harap harap lah ada orang ambil. hmmmmmmmmmmmmmmmm Aku serahkan senarai tu kat Ameerah and Najah dengan pen sekali. Harap lah mereka ambil. Amin Amin Amin. Okay majlis start. First Hanis dulu bercakap then aku. Sampai mic kat aku terus blurrr, caakap pun sekat sekat then gelabah sampai suara jadi ayu gitu. Lol. Diorang yang cakap bukan aku. Well time tu sakit tekak + batuk + selseme. Nasib baik time ni kitaorang duduk bawah je. alhamdulillah.Then time cabutan bertuah ada pelajar ni dapat berus tandas k sangat lawak. Seisi dewan gelak. Pastu bersurai. lepas bersurai terus tangkap gambar. Aku nak bergambar dengan Asma then cekip cekip cekip lepastu nak blah Sri pula jealous. Haahahahahah lawak gila then aku tangkap juga dengan dia. Then tangkap tangkap tangkap. Pastu balik. Berakhirla ceritera kali ini.
Psst psst psst, result aku sangat teruk and maybe tahun depan aku nak serahkan tab kat mak. Nak bagi mak pegang then sabtu ahad and public holiday je dapat. lagipun tak ada faedah pun tab ni dengan aku. InsyaAllah. aku dah malas layan twitter insta and blog ni. Biarlah tak tahu story hot ke apa ke. Korang jangan rindukan aku pula. //padahal dalam hati nak korang rindu// Bb je aku nak pegang. So tahun depan kedai tu mak handle. Lepas habis spm baru aku handle balik. Okaylah semua. Mata dah layu. Lagu ni memang buat aku nak tidur. Bye Assalamualaikum.

Thursday 7 November 2013

Wish me luck

Assalamualaikum guys, okay i only have 20 minutes untuk menulis. Okay, sangat tension because bila tulis cepat cepat mesti ada typo. And yea macam dalam exam pulak "pelajar sila letak pen ada sekarang. masa dah tamat" Serius pelajar paling benci ayat tu. Tak caya? Cuba cakap kat pelajar comfirm kau kena pelangkung takpun kena sekeh. Muahahahahaha. Result? Korang jangan nak spoilkan mood aku tentang result. yang kornag boleh tahu bahawa, semuanya decreases. K macam mana nak hadapi SPM tahun depan? i should start now. InsyaAllah aku nak start tahun ni. Tu pun aku nak suruh mak aku membebel pastu paksa aku. Sweet tak aku? KahKahKah. Bagi pelajar yang mendapat result gagal dan hampir nak lulus dalam lingkungan 37-39% mesti rasa bengang bila cuba cari markah tapi tak jumpa. K itu aku rasa sekarang. Itupun aku study bagai nak mati. K bohong. Aku still hidup. Tapi yang penting aku dah buat yang terbaik. Korang nak nilai aku macam mana pun aku terima. Sebab mulut manusia mana boleh nak tutup. Lagi-lagi kalau yang baca blog aku ni musuh ketat aku. Oh no, memang dicanangnya aku kat semua. nevermind Allah tahu. Aku tahu aku. Kau tahu apa? Buruk aku je kau nampak. oh please? Rata rata manusia yang membaca blog aku adalah kalangan kawan aku sendiri. Mesti korang kata aku ni kat luar lain, kat sini lain. Bak kata orang hikporit. baca ayat ni kuat kuat "Ada aku kisah". Okay mesti korang kata aku merapu sebab apa yang aku taip ataupun story tak ada kena mengena dengan tajuk. SO WHAT? K gedik much. Actually aku nak korang ucapkan "goodluck" kat aku sempena esok. Ada apa esok? Esok ada jamuan pengawas/pengawas pusat sumber/pngawas koperasi/pengawas asrama. Kau ada? tak ada diam. Nak dijadikan cerita, aku dan Hanis terpilih menjadi pengacara majlis. And i was like 'OMG' tu perkara yang paling aku elakkan. Mesti dalam hati korang kata " hek eleh suara ganas cam lagi pun jadi pengacara" hahahahaha. Woi dengar sini aku lagi tak rela. Dahlah suara cam laki. Dengan batuk selsema and sakit tekak. memang serak ah suara. Lagi satu, suara aku ni tak best, for sure lah korang akan bosan nanti so bersedialah dengan buku/phone. Dinasihatkan supaya jangan melihat ke arah aku nanti.  Apa apa pun wish me luck. Tadi aku stalk Anna Khayalan, aizat abd and Fynn Jamal. Oh my god, Juna sangat comel maca, asdfghjkl can't describe him. Tolonglah jadi milik aku. Hahahahaha. Perasan much Izzah. Aku ni macam kera sumbang k bukan sombong dalam group whatsapp "kami manusia sejati" urgh. So kalau incik M baca ni, sila memahami perasaan kekasihmu ini. Eh bukan. Kawanmu ini. Haaaa mesti kornag nak cakap Incik M ni boyfriend aku. HAHAHAHAHAHA sorry to say, pemikiran korang amat sangat sempit sekali. Sekian. Terima kasih. Aku cao dulu. Nak tenok LYMA, tak tahu maksud? Pergi cari sendiri so bye. Assalamualaikum
Woi, even suara aku kasar. perbuatan aku ganas. Aku still perempuan. Masih mempunyai hati yang lembut and masih mempunyai perasaan. Sekian -Izzah Maisarah-

Monday 4 November 2013

SPM

Assalamualaikum yuhuuuuuu, hari ini hari isnin. Esok hari Selasa yang merupakan awal Muharram dan lusa adalah rabu yang merupakan SPM. apakah itu SPM? Iaitu Semua Pelajar Mati. hihi. Gurau gurau. Sijil Pelajaran Malaysia. Semua ahli malaysia wajib mengambilnya kecuali pelajar vokay sebab diorang kan kolej *Style menganjing* Okay sebelum aku meneruskan cerita tentang SPM saya akan memulakan dengan Cerita tentang apa yang dilalui oleh aku semalam.
 Semalam pada tanggal 3.11.2013. Pahang bertemu Kelantan dalam final Piala Malaysia. K awat formal semacam je? Haha. Whatever. semalam aku dengan semangatnya ikut bapa saudara aku ke Taman Kerang. Dengan pakai baju pahang + mafla semua. Siap nyanyi lagu ale ale tok gajahku. Sampai sana, aku terkejut, terkedu, tergaman sebab PADANG KAT SITU KOSONG KOSONG *lagu najwa latip* dan kelihatan ramai manusia yang berkeliaran memakai baju Pahang. Rupa-rupanya *lagu Saleem* kami dapat maklumat salah. OMG rasa nak mencarut je sebab dah pukul 8:45 argh sedih. Then call abang tanya kat mana. Dia jawap kat Padang Kemunting. ce korang imagine, semangat ni nak pergi Padang tu alih alih KERETA ROSAK. Sadlife right? Setelah decide, pergilah kat restoran Selera padang kat depan tu, Ya Allah, gila segan. ramai lelaki ajnabi cewah ayat ajnabi. Muka dah habis merah rasanya malu sebab dah ah sempit semuanya. Geli weh dengan lelaki ajnabi yang guwa tak kenal. Suasana kat sana sangat bising sebab ada seorang mamat ni asyik menjerit macam kedai tu dia yang punya. Rasa nak ambik parang tetak terus dia kat situ. May I? Then habis halftime, pak saudara check kereta and Alhamdulillah kereta dah okay. So pergilah kat Padang Kemunting tu. Andddddddd kat sana diorang hanya bagi 18 tahun ke atas je masuk. aku macam errrrrr. K. duduk jela kat luar pastu cawhore dengan sepupu. Lama tu PAHANG GOAL, gila ah. Alhamdulillah. bla bla. dah habis. Penyokong Kelantan pulang dengan perasaan kecewa, nevermind lah Kelantan tetap terbaik. Chill kita tetap Pantai Timur. Then merayau rayau kejap tetiba dengar suara "Waris here" omg terus mengendap tengok Waris, ceh suara je sedap. Sampai terloncat loncat aku kat situ. Lol. Apa apa pun Taniah Pahang. #ThisIsDarulMakmur #PahangDiHatiKu #PahangAngkuh. Mission 1992 completed. 



Okay sambung pasal Spm. Bukan aku yang nak ambil spm tapi abang aku. Muhd Amirul Fahmi Amran. Aku cuma err cuma nak ucapkan GOODLUCK kepada dia. Malu woi nak cakap depan depan

Haaaa ni muka dia time darjah 6. Wakakakaka. Sorry mi tak jumpa gambar mu yang form 5 ni. Mweheheheheh. Aku sebagai adik yang mithali lagi comel + cun ingin mengucapkan GOODLUCK FOR YOUR SPM. DO ALL YOUR BEST Ingat helmet Arai woi. Hahahahahaha. 

Sempena esok dah masuk bulan Muharram. Aku nak minta maaf kepada semua jika ada kesalahan, kekhilafan dan kesilapan antara sedar ataupun tidak. Dan jika ada aok aok semua yang pernah koi kecilkan hati, koi mohon ampun yooo. Koi maafkan aok aok semua. Assalamualaikum
Memaafkan tak bermakna melupakan tetapi memaafkan lebih baik daripada berdendam