Assalamualaikum yuhuuuuuu, hari ini hari isnin. Esok hari Selasa yang merupakan awal Muharram dan lusa adalah rabu yang merupakan SPM. apakah itu SPM? Iaitu Semua Pelajar Mati. hihi. Gurau gurau. Sijil Pelajaran Malaysia. Semua ahli malaysia wajib mengambilnya kecuali pelajar vokay sebab diorang kan kolej *Style menganjing* Okay sebelum aku meneruskan cerita tentang SPM saya akan memulakan dengan Cerita tentang apa yang dilalui oleh aku semalam.
Semalam pada tanggal 3.11.2013. Pahang bertemu Kelantan dalam final Piala Malaysia. K awat formal semacam je? Haha. Whatever. semalam aku dengan semangatnya ikut bapa saudara aku ke Taman Kerang. Dengan pakai baju pahang + mafla semua. Siap nyanyi lagu ale ale tok gajahku. Sampai sana, aku terkejut, terkedu, tergaman sebab PADANG KAT SITU KOSONG KOSONG *lagu najwa latip* dan kelihatan ramai manusia yang berkeliaran memakai baju Pahang. Rupa-rupanya *lagu Saleem* kami dapat maklumat salah. OMG rasa nak mencarut je sebab dah pukul 8:45 argh sedih. Then call abang tanya kat mana. Dia jawap kat Padang Kemunting. ce korang imagine, semangat ni nak pergi Padang tu alih alih KERETA ROSAK. Sadlife right? Setelah decide, pergilah kat restoran Selera padang kat depan tu, Ya Allah, gila segan. ramai lelaki ajnabi cewah ayat ajnabi. Muka dah habis merah rasanya malu sebab dah ah sempit semuanya. Geli weh dengan lelaki ajnabi yang guwa tak kenal. Suasana kat sana sangat bising sebab ada seorang mamat ni asyik menjerit macam kedai tu dia yang punya. Rasa nak ambik parang tetak terus dia kat situ. May I? Then habis halftime, pak saudara check kereta and Alhamdulillah kereta dah okay. So pergilah kat Padang Kemunting tu. Andddddddd kat sana diorang hanya bagi 18 tahun ke atas je masuk. aku macam errrrrr. K. duduk jela kat luar pastu cawhore dengan sepupu. Lama tu PAHANG GOAL, gila ah. Alhamdulillah. bla bla. dah habis. Penyokong Kelantan pulang dengan perasaan kecewa, nevermind lah Kelantan tetap terbaik. Chill kita tetap Pantai Timur. Then merayau rayau kejap tetiba dengar suara "Waris here" omg terus mengendap tengok Waris, ceh suara je sedap. Sampai terloncat loncat aku kat situ. Lol. Apa apa pun Taniah Pahang. #ThisIsDarulMakmur #PahangDiHatiKu #PahangAngkuh. Mission 1992 completed.


Okay sambung pasal Spm. Bukan aku yang nak ambil spm tapi abang aku. Muhd Amirul Fahmi Amran. Aku cuma err cuma nak ucapkan GOODLUCK kepada dia. Malu woi nak cakap depan depan
Haaaa ni muka dia time darjah 6. Wakakakaka. Sorry mi tak jumpa gambar mu yang form 5 ni. Mweheheheheh. Aku sebagai adik yang mithali lagi comel + cun ingin mengucapkan GOODLUCK FOR YOUR SPM. DO ALL YOUR BEST Ingat helmet Arai woi. Hahahahahaha.
Sempena esok dah masuk bulan Muharram. Aku nak minta maaf kepada semua jika ada kesalahan, kekhilafan dan kesilapan antara sedar ataupun tidak. Dan jika ada aok aok semua yang pernah koi kecilkan hati, koi mohon ampun yooo. Koi maafkan aok aok semua. Assalamualaikum
Memaafkan tak bermakna melupakan tetapi memaafkan lebih baik daripada berdendam
No comments:
Post a Comment