Monday, 26 May 2014

Mimpi jadi kenyataan!


Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Okay harini ni guwa nak story pasal mimpi guwa jadi kenyataan beb. Kau mampu? Hahahaha. Macam ni kisahnya. Pada pagi yang hening pada 25.5.2014, pagi tu guwa bangun dengan malasnya sebab pukul 1 nanti ada kelas sejarah. Dah bangun pagi pagi, buat apa lagi? Buka twitter ah. Takpun instagram. Okay. Pastu nampak Encik Mimpi update insta cakap nak datang kuantan haritu. OMG OMG. Gila excited do. Tapi EM tak update apa apa pun pukul brapa. Lagilah gelepor sebab takut clash dengan tuisyen. Uhuks. Pastu tetiba comment lah dengan erni ni. Tetiba rapat boh okay. hehe. Pastu pergi stalk segala twitter facebook sebab nak tahu pukul berapa. Dalam hati punyalah berdoa agar Em datang pukul 3 sebab daripada tuisyen tu terus datang ke Kuantan Parade. Alhamdulillah, AG reply komen kat facebook cakap EM datang pukul 3. Arghhhh excitednya. Tapi guwa cuba berlagak tenang. Lol. Pastu pergi minta izin mak ayah. Yeay dua dua bagi. Hoho. Lepas siap siap tu, pukul 12.30 terus g tusiyen. Beli hadiah sikit untuk EM. Kalau dia dah bagitahu awal2, boleh sediakan hadiah yang gepak gebabooom gitu. Ni tak, hadiah express je. Haih, cedih bak hang. Moga EM suka. Kat tuisyen tu perghhh, asyik teringat kat EM je. Hoho. Pastu kan, habis je tuisyen terus naik motor g sana. Ye aku naik motor je. Sorang sorang, amacam? berani tak guwa? Takpe demi EM yang tersayang. Eceh gitu. First time k bawa motor jauh jauh sampai ke Kuantan Parade. Phewwww. mujur selamat sampai. Sampai sampai je terus nampak ni 


Haaa nampak tak nama EM kat situ? Gila excited aku time tu. Dengan Tunggu Erni yang tak kunjung tiba. huih.sabar weh sabar, baru nama dia je ada. Aku dalam hati cakap, pergh ingatkan EM main main je. Hihi. Pastu detik pukul 3 mula menunjukkan dirinya, yeayyyyy. Dengan sabar dan tenang menanti EM. Pastu risau Erni tak sampai sampai. Haih mana Erni ni? Akhirnya, EM memunculkan diri. Arrghhhhh. Terketar ketar aku kat bawa stage. Bergetar jiwa dengar EM nanyi. Awww menusuk kalbu. Tak percaya gila. Bagaikan mimpi dalam mimpi. first first EM nanyi lagu Ayuh Tinggalkan dia- Padanya ada hikmah- Selamat malam cinta- Rindukanlah. Awww 4 lagu je Em sempat nyanyikan. Pastu Sesi bergambar telah tiba, Agak bangga sebab aku orang first yang naik stage berselfie dengan EM tapi gambar tu buruk sebab aku tak pandang camera. EM juga yang nampak camera. Awww comel je. So nampak cam EM selfie sorang je. hehe. Pastu aku call erni tanya dia dah sampai belum. Akhirnya dia dah sampai. aku dengan bangganya sekali lagi naik pentas hehe. EM tak peraan kot. Hihi. PAstu bergambar lah. Banyak gak ah, awww tapi banyak nampak aku chubby. Haih terimalah hakikat yang kau tu memang chubby izzah -_- hahahah. okay. Pastu bergambarlahhhhh pasu aku dapat autograph hoho


Yeye kertas koyak je sebab lupa bawa buku nota. Aku bawa buku Sejarah je. sedih gila mak aih. Mujur Erni ada bawa. Hehe. Thanks Erni. Lebiu.


So inilah hasilnya. So korang jealou tak? EM ni sweet tahu tak? Dah lah cakap tu lembut je. Pastu sopan santun. Haih. Seronoknya. In love with you, cewah gitu. Hehe. Lepas tu pergi beli hadiah untuk EM. Hoho. Pastu sekali lagi kitaorang jumpa EM kat belakang pentas. Haaaa comel tak kitaorang? Hahaha k. Lepas dah selesai tu balik lah rumah dengan senang hati. Serius talk. AKU TAK PERCAYA YANG AKU DAH JUMPA ARTIS YANG AKU MINAT. DAHLAH BAIK. Haih. Moga dapat jumpa EM lagi lain kali. Amin ya rabbal al amin. 
TO; Encik Mimpi, Semoga terus sukses dalam bidang seni dan pekerjaan yang EM ceburi. Kami Dreemers akan sentiasa menyokong EM daripada belakang tengah tepi kiri kanan dan depan. Hope, kekalkan bertopeng. Jeng jeng jeng and teruskan peramah di Twitter and Instagram. I lap you Encik Mimpi. 

((Thanks sebab sudi reply comment saya di ig and tag saya eh Encik Mimpi, buat saya lagi jatuh sayang. haaaa gitu ))

NotaMinda : jom reramai pollow DreEMers iaitu blog rasmi DreEMers fan club yang dikendalikan sendiri oleh Encik Mimpi sendiri, AG, Sai, AC & AR. Boleh juga follow diornag kat facebook, instagram, youtube and Twitter. Semua link ada di blog. so sila tekan. Jangan lupa tau. Lot Of Love, Muahxx 

No comments:

Post a Comment